Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Hudud sekali lagi masuk Parlimen

UMNO diragui mempunyai “agenda tersembunyi” dengan menggunakan isu hudud ini untuk memecahbelahkan lagi kem pembangkang terutamanya DAP dan PKR. UMNO diragui mempunyai “agenda tersembunyi” dengan menggunakan isu hudud ini untuk memecahbelahkan lagi kem pembangkang terutamanya DAP dan PKR.

Dengan bermulanya Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-13, adalah tidak pasti sama ada ia akan menyampaikan satu mesej politik kepada pemerintah, pembangkang dan rakyat iaitu PRU14 mungkin akan diadakan awal tahun depan.

Seperti keadaan masa lalu, mesyuarat yang diadakan bermula 17 hingga 24 Okt ini pastinya akan mendapat perhatian kerana ia bersamaan dengan mesyuarat Belanjawan tahun depan, tetapi tumpuan tidak dapat dielakkan juga kepada isu kontroversi hudud. Namun apa yang pasti daripada Belanjawan yang akan dibentangkan oleh PM pada Jumaat ini dan juga RUU hudud yang tidak boleh dielakkan lagi dalam sesi kali ini, ia sedikit sebanyak akan memberi petunjuk ke arah PRU14.

Segelintir orang meramalkan jika pihak yang berkuasa mempunyai hasrat untuk membubarkan Parlimen selewat-lewatnya tahun depan untuk memberi laluan kepada PRU, maka Belanjawan kali ini dijangkakan sebagai “gula-gula” untuk diagihkan kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana, bagi mendapatkan pulangan politik; memulihkan peratusan sokongan dan sebagai pertukaran undi.

Sebenarnya, rakyat terutamanya masyarakat Cina kini lebih prihatin dengan RUU hudud Hadi Awang, meskipun mendapat tentangan hebat daripada parti politik Cina pemerintah dan pembangkang, difahamkan RUU ini telah diletakkan dalam aturan keempat mesyuarat Dewan Rakyat. RUU yang dianggap akan memberi ancaman kepada Perlembagaan dan undang-undang sekular, jika diluluskan terutamanya dengan sokongan kesemua Ahli Parlimen UMNO, maka dengan majoriti mudah pasti usul ini akan diluluskan.

Oleh kerana itulah, UMNO diragui mempunyai “agenda tersembunyi” dengan menggunakan isu hudud ini untuk memecahbelahkan lagi kem pembangkang terutamanya DAP dan PKR. Selain itu dalam masa yang sama, UMNO juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk memenangi hati PAS bagi mencapai beberapa jenis kerjasama dalam politik terutamanya dalam usaha untuk mengganggu strategi pembangkang “satu lawan satu” menentang BN.

Sekiranya pihak yang berkuasa Putrajaya masih mempunyai kebimbangan terutamanya “bantahan’ berterusan parti Cina daripada komponen BN, ditambah lagi dengan tentangan hebat “negeri deposit” BN iaitu Sabah dan Sarawak, adakah UMNO kali ini akan menghalang RUU persendirian Hadi dilepaskan, dibahaskan dan diluluskan melalui undian? Kebarangkalian itu masih lagi belum diketahui, adakah ini “kesepakatan” yang dikatakan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lain sebelum ini? – Guang Ming Daily

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.