Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Ketua Menteri yang paling teruk dalam pengurusan ekonomi

Jika dibandingkan KDNK per kapita dari tahun 2007 sehingga 2015, kadar pertumbuhan di negeri Pulau Pinang adalah yang paling rendah berbanding negeri lain di seluruh negara termasuklah Wilayah Persekutuan. Jika dibandingkan KDNK per kapita dari tahun 2007 sehingga 2015, kadar pertumbuhan di negeri Pulau Pinang adalah yang paling rendah berbanding negeri lain di seluruh negara termasuklah Wilayah Persekutuan.

Sejak 8 tahun lalu, KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng sering bermegah dengan pencapaian ekonomi negeri itu bagi memperbesarkan pencapaian diri sendiri. Namun pada minggu lepas, GERAKAN telah membuat satu sidang akhbar bagi memecahkan tembelangnya.

Kita juga menyenaraikan beberapa statistik bagi membuktikan bahawa Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri yang terburuk dalam pengurusan ekonomi. Kadar pertumbuhan KDNK per kapita Pulau Pinang adalah yang paling rendah. Lim Guan Eng juga merosakkan imej negara dan menggugat keyakinan pelabur asing ke Malaysia.

Jika dibandingkan KDNK per kapita dari tahun 2007 sehingga 2015, kadar pertumbuhan di negeri Pulau Pinang adalah yang paling rendah berbanding negeri lain di seluruh negara termasuklah Wilayah Persekutuan. KDNK per kapita Kelantan adalah yang paling rendah pada tahun 2015 namun kadar pertumbuhan negeri Kelantan sejak 8 tahun lalu adalah melebihi 73.9 peratus iaitu jauh lebih tinggi daripada Pulau Pinang iaitu 44.5 peratus.

Ia adalah satu perkara yang sangat serius. Ini membuktikan bahawa Lim Guan Eng tidak melaksanakan tugas sebagai KM dengan baik lebih-lebih lagi dalam menguruskan ekonomi. Statistik ini telah membuktikan bahawa Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng dan DAP ini berterusan mundur!

Menurut statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dari tahun 2010 sehingga kini, prestasi pelaburan negeri Pulau Pinang merosot di mana kedudukan asalnya yang berada di tangga pertama jatuh sehingga ke nombor 5 pada tahun 2015. Perbelanjaan pengurusan Pulau Pinang melonjak, pada tahun 2008, perbelanjaan pengurusan adalah sebanyak RM280 juta. Ia bertambah kepada RM740 juta pada tahun 2014.

Kita berasa terkejut dengan pertambahan perbelanjaan pengurusan negeri Pulau Pinang yang ketara ini. Jika pemimpin DAP dan Lim Guan Eng hanya tahu merosakkan imej negara, dikhuatiri ia akan menggugat keyakinan pelabur asing. Akhirnya tiada pelabur yang akan melabur di negeri Pulau Pinang.

Contohnya, pada 17 Jun 2011 lalu, Lim Guan Eng telah menghadiri satu sidang media asing di Hong Kong. Beliau telah memutarbelitkan kenyataan bekas Menteri di JPM, Idris Jala bahawa 'Malaysia akan bankrup'. Ia telah merosakkan imej dan reputasi negara. Kesan daripada kenyataan tersebut boleh dikatakan menjadi punca kepada kekacauan dan pengangguran kerana tiada lagi pelabur yang berani melabur dalam negara.

Oleh itu, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP perlu segera berhenti merosakkan imej negara. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga perlu menghentikan konfrontasi dengan kerajaan Pusat. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama supaya rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

Pada pandangan kita, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri yang paling teruk. Kita juga mencadangkan agar Lim Guan Eng supaya belajar daripada Tony Pua dan Menteri yang bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi, Abdul Rahman Dahlan. Saya berpendapat dalam pengurusan ekonomi, Tony Pua dan Abdul Rahman Dahlan adalah lebih baik daripada Lim Guan Eng. Mereka juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam pengurusan kewangan.

Lim Guan Eng sepatutnya merendah diri dan belajar daripada mereka. Mungkin sebagai pakar ekonomi, Tony Pua boleh memberi cadangan kepada Lim Guan Eng. Lim Guan Eng juga sepatutnya berjumpa dengan Abdul Rahman Dahlan secepat mungkin bagi membincangkan bagaimana untuk membawa ekonomi negeri Pulau Pinang kembali ke landasannya. – Kwong Wah Yit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.