Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Sasaran kuasa ketiga terhadap siapa?

Kekuatan pakatan ini mungkin hanya dapat ditunjukkan pada PRU akan datang. Tetapi perlu diingatkan bahawa pada PRU akan datang, PH bukan sahaja akan berdepan dengan BN, tetapi juga pihak lawan yang lain seperti PAS dan parti politik yang lain. Kekuatan pakatan ini mungkin hanya dapat ditunjukkan pada PRU akan datang. Tetapi perlu diingatkan bahawa pada PRU akan datang, PH bukan sahaja akan berdepan dengan BN, tetapi juga pihak lawan yang lain seperti PAS dan parti politik yang lain.

Sudah banyak kali kita mendengar mengenai kuasa ketiga, agak menghairankan juga adakah sasaran kuasa ketiga ini terhadap parti pemerintah atau pembangkang?

Jika pada masa lalu, kuasa ketiga ini hampir kesemuanya mensasarkan pembangkang atau lebih tepat lagi DAP dan PKR. Jarang sekali sasarannya adalah untuk PAS, hanya selepas kelahiran AMANAH, barulah timbul ancaman terhadap PAS.

Walau bagaimanapun, AMANAH sehingga hari ini masih belum secara langsung berkonfrontasi dengan PAS, oleh demikian masih tidak dapat diketahui adakah AMANAH benar-benar boleh mencabar PAS. Lagipun PR sudah pun menjadi ‘kenangan’ masa lalu, kini DAP, PKR dan AMANAH bergabung menubuhkan PH.

Kekuatan pakatan ini mungkin hanya dapat ditunjukkan pada PRU akan datang. Tetapi perlu diingatkan bahawa pada PRU akan datang, PH bukan sahaja akan berdepan dengan BN, tetapi juga pihak lawan yang lain seperti PAS dan parti politik yang lain.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan bersama oleh bekas PM, Mahathir Mohamad dan bekas TPM, Muhyiddin Yassin, walaupun berusaha untuk memenangi hati dan mendapatkan sokongan daripada parti-parti politik yang lain, namun ia seolah-olah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif. Masalahnya sama iaitu meskipun PPBM lantang mencabar UMNO tetapi adakah akhirnya benar-benar akan mengancam UMNO atau pembangkang?

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tiba-tiba sahaja panas dengan kemunculan kuasa politik ketiga, tetapi sasarannya adalah berbeza. Sasaran kuasa politik baru di Semenanjung adalah kepada UMNO, sebaliknya kuasa politik baru di Sabah dan Sarawak pula adalah daripada pembangkang iaitu DAP dan PKR, negeri yang dipisahkan oleh Laut China Selatan ini juga dipisahkan dengan perbezaan keadaan politik.

Kuasa ketiga di Sarawak memainkan peranan yang sedikit rumit, selain perjuangan utamanya adalah menuntut kuasa autonomi Sarawak dan turut menekankan kepelbagaian kaum tempatan, maka mereka turut bersifat anti-Semenanjung, iaitu membangkang parti-parti politik daripada Semenanjung termasuklah komponen BN dan pembangkang daripada Semenanjung bertapak di Sarawak. Keadaan ini memberi tekanan dan menyukarkan lagi pembangkang untuk terus memainkan peranan politik di Sarawak.

Kuasa ketiga Sarawak gagal untuk mendapatkan pengaruh di bumi kenyalang ini. Perkara ini jelas menunjukkan pengundi mahu melihat satu pakatan politik memainkan peranan dalam satu platform yang sama dan bukannya menggunakan simbol politik parti masing-masing.

Walaupun dalam kuasa politik ketiga ditubuhkan bersama oleh bekas pemimpin pemerintah dan pembangkang, namun ia kelihatan lebih ramai dari kalangan pembangkang. Oleh demikian, jelas sekali ia lebih cenderung kepada pembangkang. Berhubung sasarannya pula, ramai juga yang membuat sindiran kemunculan kuasa ketiga ini boleh dikatakan sebagai ‘pembantu tidak langsung’ BN. – Sin Chew Jit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.