Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Apabila Mahathir berdepan dengan PAS

Menurut perkhabaran, kerusi yang melibatkan UMNO juga kelihatan agak suram. BN, PH dan PAS masih belum dapat menangkap hati rakyat sepenuhnya. Pengundi terutamanya pengundi Melayu masih sedang membuat pertimbangan dalam membuat pilihan. Menurut perkhabaran, kerusi yang melibatkan UMNO juga kelihatan agak suram. BN, PH dan PAS masih belum dapat menangkap hati rakyat sepenuhnya. Pengundi terutamanya pengundi Melayu masih sedang membuat pertimbangan dalam membuat pilihan.

PRU kali ini terasa lebih dingin berbanding dengan sebelumnya. Dari sudut pandangan orang Cina, selain dari pertarungan “king vs king” di kerusi Ayer Hitam dan Teluk Intan, pertarungan di kerusi-kerusi lain kelihatan agak suram.

Menurut perkhabaran, kerusi yang melibatkan UMNO juga kelihatan agak suram. BN, PH dan PAS masih belum dapat menangkap hati rakyat sepenuhnya. Pengundi terutamanya pengundi Melayu masih sedang membuat pertimbangan dalam membuat pilihan.

Masih banyak pemboleh ubah boleh berlaku dalam PRU ke-14 ini. Ada yang mengatakan bahawa ini adalah pertarungan antara PM Najib dan mantan PM Mahathir. Ada juga sesetengah orang mengatakan bahawa ini adalah referendum rakyat terhadap Najib , ada juga mengatakan bahawa ia melibatkan pertaruangan antara Mahathir dan PAS.

Sentimen pengundi UMNO adalah lebih buruk berbanding dengan PRU yang lepas, selepas PAS berpecah dan membentuk PAN, Mahathir pula keluar dari UMNO dan menubuhkan PPBM. PAS dan UMNO masing-masing telah berpecah. Kini telah wujud tiga parti yang melibatkan orang Melayu iaitu PAS, UMNO dan PH.

Terdapat suara mula muncul dan menggesa pengundi UMNO supaya mengundi mengikut pertimbangan berdasarkan warna kulit. Sebaik sahaja suara ini dilaungkan, ia akan menjadi satu cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada parti Cina di dalam BN.

Semakin ramai orang merasakan bahawa kita tidak boleh memandang rendah dengan PAS, suara mereka yang perlahan-lahan hilang itu kini telah muncul kembali. Mungkin akan berlaku satu senario di mana pengundi tidak tahu yang mana untuk dipilih antara Najib dan Mahathir, maka mereka akan memilih untuk tidak mengundi ataupun memberikan undian mereka kepada PAS.

Pertarungan tiga penjuru pula hanya akan memberikan manfaat kepada UMNO dalam mana jika PAS berada dalam keadaan lemah dan tidak kuat. PAS yang terlalu kuat akan menimbulkan ancaman kepada UMNO di kawasan pedalaman, tetapi PAS yang terlalu lemah pula tidak mampu untuk memecahkan undi pembangkang, situasi ini tidak baik untuk UMNO.

PAS memiliki kekuatan yang kuat di kawasan pedalaman manakala PH amat bergantung pada pengaruh Mahathir dalam mendapatkan sokongan dari orang Melayu yang konservatif.

Dalam PRU yang lepas, PKR tidak banyak membantu di kawasan pedalaman dan sekarang PH telah meletakkan semua percaturan pada bahu Mahathir.

Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah sama ada akan timbul kenyataan jika kalah pun disebabkan Mahathir dan menang pun disebabkan Mahathir? – Nanyang Siang Pau

More in this category: « PH Selangor dalam bahaya

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.