Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

PH Selangor dalam bahaya

Walaupun kedudukan kelihatan goyang, tetapi kerajaan PH Selangor banyak bergantung kepada kawasan pengundi Cina dan kawasan bandar. Walaupun kedudukan kelihatan goyang, tetapi kerajaan PH Selangor banyak bergantung kepada kawasan pengundi Cina dan kawasan bandar.

BN Selangor sentiasa mengidam untuk menawan kembali Selangor. Manakala PH Selangor yang ingin mempertahankan kedudukannya kelihatan terjejas ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya, lebih-lebih lagi mendapat saingan daripada PAS pada PRU14 ini.

Walaupun kedudukan kelihatan goyang, tetapi kerajaan PH Selangor banyak bergantung kepada kawasan pengundi Cina dan kawasan bandar.

Menurut jangkaan, PH mampu menguasai 30 kerusi DUN, manakala BN pula mampu memenangi 14 kerusi DUN. Pada PRU lalu, PH (Pakatan Rakyat ketika itu) telah memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN kerana mendapat bantuan PAS.

Pada kali ini, PKR bertanding 21 kerusi DUN, DAP – 16 manakala PAN dan PPBM masing-masing bertanding 10 dan sembilan kerusi. Dalam erti kata lain, PKR dan DAP akan memainkan peranan utama di Selangor pada PRU ini.

Oleh itu, jika ingin menguasai kerajaan Selangor, mereka perlu memenangi sekurang-kurangnya 26 kerusi di kawasan bandar dan separa bandar. Andainya PAN dan PPBM mampu menyumbangkan empat kerusi, nescaya PH akan menguasai kerajaan Selangor dengan laluan yang mudah.

Walaupun PAS meletakkan 47 calon di Selangor, tetapi parti itu akan menghadapi saingan daripada PH dan BN. Oleh itu, PAS dijangka sukar untuk mempertahankan 13 kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu. - China Press

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.