Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

BN Johor masih stabil

Sebelum ini PH menguar-uarkan akan berlakunya tsunami Melayu di setiap tempat di negeri Johor, lebih-lebih lagi kebangkitan semangat kaum Cina mungkin memberi peluang PH memenangi lebih banyak kerusi Parlimen di negeri tersebut. Sebelum ini PH menguar-uarkan akan berlakunya tsunami Melayu di setiap tempat di negeri Johor, lebih-lebih lagi kebangkitan semangat kaum Cina mungkin memberi peluang PH memenangi lebih banyak kerusi Parlimen di negeri tersebut.

Difahamkan, sejak pembubaran Parlimen diumumkan, pemimpin-pemimpin PH dari utara Semenanjung termasuk Mahathir, Wan Azizah dan lain-lain datang berceramah di Pagoh menyebabkan suasana pertandingan di bahagian utara Johor menjadi hangat.

Sebelum ini PH menguar-uarkan akan berlakunya tsunami Melayu di setiap tempat di negeri Johor, lebih-lebih lagi kebangkitan semangat kaum Cina mungkin memberi peluang PH memenangi lebih banyak kerusi Parlimen di negeri tersebut.

Walau apa pun keadaan kerajaan BN Johor masih stabil dan tiada tanda-tanda akan tumbang. Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN.

Selain daripada ingin mempertahankan 20 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN, BN Johor kini sedang menumpukan kepada usaha untuk merampas enam kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN yang dimenangi oleh Pembangkang pada PRU lalu.

Pertandingan di bahagian selatan Johor iaitu di Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau dianggap sengit, lebih-lebih lagi pengundi atas pagar dijangka akan memberikan undi kepada PH tertuama di kawasan Iskandar Puteri.

Oleh itu, BN perlu berusaha untuk meraih sokongan pengundi Melayu dan India serta meningkatkan sokongan pengundi Cina daripada 25 peratus kepada 30 peratus. - China Press

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.