Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Jika orang Melayu luar bandar mahukan perubahan

Sikap orang Melayu jauh berbeza dengan orang-orang Cina, terutama orang Melayu di kawasan pedalaman. Mereka bersifat konservatif dan mereka mempunyai sikap membalas budi. Pemikiran politik mereka tidak mudah digoncang. Sikap orang Melayu jauh berbeza dengan orang-orang Cina, terutama orang Melayu di kawasan pedalaman. Mereka bersifat konservatif dan mereka mempunyai sikap membalas budi. Pemikiran politik mereka tidak mudah digoncang.

Dr Mahathir adalah seorang ahli politik yang tidak dapat dipertikaikan lagi dari segi kebolehan dan pengaruh beliau. Dalam arena politik Malaysia, hanya terdapat segelintir sahaja pemimpin yang betul-betul layak untuk menjadi lawan beliau.

Namun sehingga kini masih menjadi persoalan adakah lelaki yang berusia 93 tahun itu benar-benar dapat mencetuskan "Tsunami Melayu"?

Hasil dari keputusan PRU13 pada lima tahun lepas menunjukkan bahawa "Tsunami Cina" tidak dapat memainkan peranan penting dalam perubahan pemerintahan, hanya tsunami Melayu yang dapat manjadi raja dalam PRU.

Sikap orang Melayu jauh berbeza dengan orang-orang Cina, terutama orang Melayu di kawasan pedalaman. Mereka bersifat konservatif dan mereka mempunyai sikap membalas budi. Pemikiran politik mereka tidak mudah digoncang.

Selama bertahun-tahun, orang Melayu di kawasan pedalaman hanya mempunyai dua pilihan iaitu UMNO dan satu lagi adalah PAS. Apabila PAS berada dalam keadaan lemah, UMNO juga gagal masuk ke kawasan tersebut.

Pengundi Melayu di kawasan luar bandar mempunyai persamaan dengan pengundi Cina iaitu mereka lebih cenderung untuk memilih parti dan bukannya calon. Walaupun UMNO menghantar calon-calon yang tidak dikenali untuk bertanding mereka tetap memberikan sokongan. Bagi penyokong tegar PAS pula, tidak kira siapa calon pun mereka akan memberi sokongan padu kepada calon tersebut.

Dalam PRU yang lepas, PKR tidak mampu untuk mengambil hati pengundi Melayu di kawasan luar bandar. Kini PH menaruh sepenuh harapan agar mantan PM yang juga pengerusi PPBM Mahathir dan juga PAN yang ditubuhkan oleh ahli yang keluar dari PAS untuk memecahkan tradisi “jika bukan UMNO maka pilih PAS”. Walau bagaimanapun, adakah mereka berjaya dalam perancangan mereka?

Orang Melayu di kawasan luar bandar sangat berpegang kepada pegangan mereka iaitu memilih parti dan bukannya calon. Walaupun Mahathir dan lain-lain bekerja keras untuk memasuki kawasan luar bandar terutamanya kawasan FELDA, tetapi jika mereka masih mengekalkan pemikiran konservatif, bukannya mudah untuk menukar pegangan mereka dalam masa yang singkat.

PRN Sarawak mengesahkan hakikat penduduk kampung dan pengundi yang tinggal di kampung-kampung terpencil tidak terdedah dengan isu semasa. Mereka tidak tahu apa itu skandal 1MDB. Mereka juga tidak peduli dengan pertelingkahan antara Mahathir dan Najib, mereka hanya meminta tiga kali makan dan itu sudah mencukupi.

Pada PRU 308 tahun 2008, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen selama setengah abad. Perkataan "tsunami politik" menjadi popular selepas itu, dan di antara mereka yang telah "menyumbangkan" kepada populariti penggunaan perkataan tersebut termasuklah lebih daripada 80 peratus pengundi Cina dan pengundi Melayu bandar.

Pada hari ini, “Tsunami Melayu” telah menjadi istilah baru dalam dunia politik. Sehingga kini, tiada siapa yang dapat membuat penjelasan khusus mengenai definisi dua perkataan tersebut. - Nanyang Siang Pau

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.