Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Sisi hitam dalam politik

Sesetengah pengundi Cina masih menjadi pemerhati. Pada pendapat mereka, mereka berharap PH dapat meredah angin dan ombak untuk mencapai matlamat “tsunami Melayu" yang perlu dicetuskan.

 

Pada PRU13 yang lepas, pembangkang tidak dapat merealisasikan matlamat mereka untuk melakukan perubahan pemerintahan.

Pengundi Cina sedar jika tiada penglibatan daripada pengundi Melayu, PH hanya mampu untuk melihat pintu gerbang Putarajaya sambil mengeluh.

Pemimpin kedua terbesar dalam PPBM, Muhyiddin ketika diwawancara oleh “The Edge Weekly” mendedahkan bahawa masih terdapat segelintir daripada bahagian dalaman PH yang masih tidak dapat menerima beliau dan Mahathir disebabkan mereka adalah bekas ahli UMNO.

Muhyiddin tidak mendedahkan dengan jelas “pihak pembangkang” mana yang berkelakuan sedemikian, tetapi apa yang jelas di sini adalah dalam kalangan parti-parti yang berada di dalam PH, PAN adalah sebuah parti yang tidak mempedulikan hal lain, maka yang tinggal hanyalah dua parti lain iaitu PKR dan DAP.

PKR telah ditubuhkan hampir 20 tahun, pengasas parti ini juga adalah bekas ahli UMNO iaitu Anwar.

Dalam tempoh 20 tahun penubuhan parti ini, adakah bekas ahli UMNO terdahulu yang telah memutuskan hubungan dengan UMNO dan menyertai PKR dapat menerima dengan hati yang ikhlas kehadiran mantan PM Mahathir yang menjadi penyebab kepada pemimpin mereka iaitu Anwar dipenjarakan? Anwar sehingga kini masih merengkok di dalam penjara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin ini menyebabkan kita dapat melihat sisi gelap yang berada di dalam PH.

Ini adalah perkara yang paling tidak diingini berlaku menjelang PRU ini.

Lagipun, keadaan dalaman yang baik dalam sesuatu pakatan itu sangat penting untuk memperoleh kemenangan.

Satu parti lagi adalah DAP.

Apabila Lim Kit Siang mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan kerjasama dengan musuh tradisi beliau iaitu Mahathir, masyarakat Cina sukar untuk mempercayai kenyataan ini, bahkan akar umbi DAP juga kelihatan terkejut dengan keputusan ini.

Walaupun Lim Kit Siang telah berulang kali menegaskan bahawa alasan mengapa beliau mengadakan kerjasama dengan Mahathir adalah untuk menyelamatkan negara, ramai orang tidak dapat menerima retorik ini.

Mereka percaya bahawa Mahathir adalah seseorang yang akan selamanya mempunyai sifat perkauman manakala pemikiran Muhyiddin iaitu "keutamaan kepada orang Melayu" tidak akan dengan mudah berubah. Sungguhpun demikian, kebanyakan mereka ini memilih untuk berdiam diri.

Kita akan menuju ke tarikh 9 Mei kurang dari tiga minggu lagi. Bagaimana untuk menenangkan perasaan pihak yang tidak berpuas hati terhadap Mahathir dan Muhyiddin adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh PH.

Musuh-musuh dalaman adalah lebih menakutkan daripada musuh-musuh dari luar.

Semua ahli politik pun tahu mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, mungkin PH tidak perlu terlalu bimbang kerana Muhyiddin juga memaklumkan kepada “The Edge Weekly” bahawa terdapat juga krisis dalaman di dalam UMNO.

Para pemimpin barisan kedua dan ketiga telah mula menentang.
Tsunami Melayu adalah sesuatu yang nyata atau mungkin hanya “khayalan”, semua orang hanya mampu memerhati dan menanti kewujudannya. - Nanyang Siang Pau

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.