Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Risiko DAP dalam “King VS King”

Akhirnya khabar angin berkenaan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan bertanding di Teluk Intan melawan Presiden GERAKAN Mah Siew Keong terjawab.

 

Ini bermakna akan berlaku pertarungan “king vs king”.

Ada yang membuat tafsiran bahawa, DAP bukan sahaja mahu menghancurkan MCA malah mereka juga tidak mahu melepaskan GERAKAN.

Tindakan yang dilakukan oleh Nga Kor Ming ini adalah lanjutan dari tindakan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong yang mahu bertarung dengan orang nombor dua MCA iaitu Wee Ka Siong di Ayer Hitam.

Ini bermakna pertempuran di Teluk Intan ini adalah pertempuran “kalah mati” yang kedua selepas pertempuran di Ayer Hitam.

Dalam PRU ke-14 ini, PH akan bertanding 165 kerusi Parlimen, di mana PPBM akan bertanding 52 daripada 165 kerusi, PKR pula 51 kerusi, DAP bertanding 35 kerusi dan PAN pula sebanyak 27 kerusi.

Kerusi yang ditandingi oleh DAP berkurang tiga daripada kerusi yang dimenangi mereka pada PRU yang lepas iaitu sebanyak 38 kerusi.

Dalam erti kata lain, walaupun DAP berjaya memenangi kesemua kerusi yang ditandingi mereka, ianya cuma 35 kerusi sahaja.

Dalam keadaan ini, untuk memastikan bahawa mereka memperoleh kemenangan pada setiap kerusi, satu-satunya cara adalah dengan menghantar “superstar” mereka untuk bertanding di kubu-kubu kuat MCA dan GERAKAN.

Walau bagaimanapun segala-galanya mempunyai kelebihan dan kekurangan, sama ada tindakan DAP mencetuskan pertarungan "king vs king" di Teluk Intan dan Ayer Hitam akan menyebabkan masyarakat Cina meletus, dipercayai bahawa pemimpin DAP sendiri tidak dapat menentukan perkara ini dengan tepat.

Kedua-dua mereka ini iaitu Nga Kor Ming dan Liew Chin tong mempunyai persamaan: Mereka fasih berbicara, mereka seorang penceramah yang hebat dan mempunyai keupayaan untuk menangkap jiwa penonton dalam masa yang singkat, namun kini mereka terpaksa berhadapan dengan dua orang menteri, terutamanya Wee Ka Siong yang mempunyai pesona yang kuat dan beliau digambarkan sebagai pohon lama yang kukuh di Ayer Hitam, bukan mudah untuk menumpaskan beliau.

Selain itu, adakah perkara seperti pengaruh Mahathir dan juga perubahan lambang untuk bertanding ini akan memberi kesan yang besar kepada DAP.

Masih belum ada jawapan lagi.

DAP memutuskan untuk mengadakan kerjasama bersama dengan musuh tradisi mereka selama berdekad yang lalu iaitu mantan PM Mahathir, kini mereka pula terpaksa menggantikan lambang roket yang telah digunakan sekian lama.

Sehingga kini kita masih belum ada jawapan lagi bagaimana ahli-ahli parti dan masyarakat Cina melihat dua isu utama ini.

Usaha DAP mahu menghapuskan MCA dan GERAKAN adalah tindakan yang sangat berisiko.

Ia mungkin membawa hasil tuaian yang besar dan ia juga boleh membawa parti tersebut ke jalan mati.

Sudah tentu, jika "tsunami Melayu" benar-benar berlaku pada pilihan raya ke-14, perancangan DAP akan menjadi perkara yang pasti kerana mereka akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan tersebut.

Kini mereka tidak lagi perlu bergantung kepada undi Cina untuk mengekalkan kelangsungan politik. – Nanyang Siang Pau

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.