Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

Surat terbuka Rais buat ketua penerangan Umno

Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran negara kita? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga Umno yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam. Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran negara kita? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga Umno yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa boleh tahan menyebat saya dan Tan Sri Rafidah Aziz kelmarin. Beliau gambarkan seolah-olah kami sudah hilang kelayakan bersuara.

Macamlah dua orang yang berusia 74 dan 75 tahun ini tak layak lagi memberi pandangan atau bercanggah pendapat dengan arus utama Umno dan kerajaan.

Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran negara kita? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga Umno yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.

Hak bersuara dan menegur ada pada semua orang. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjaminnya. Apa gunanya Umno yang berslogan bersatu bersetia berkhidmat? Apa erti mendalam Fasal 3 Perlembagaan Umno? Jangan-jangan Annuar sudah lupa?

Memang senang tuduh kami sudah lost touch dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan lost touch itu agaknya ialah “kaki dah tak cecah bumi”. Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kitalah yang “kaki dah tak cecah bumi”. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting.

Agaknya Annuar lupa - saya memang terdaftar semenjak dulu-dulu lagi sebagai orang yang menegur dan tak kecil hati kalau saya ditegur atau dihempas-pulas. Sebenarnya semua hal yang dibangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada PM dan TPM melalui saluran hormat, iaitu:

Kenapa Jho Low harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.

Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.

Rang Undang-undang Anti Berita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!

Keutamaan Keutuhan Undang-undang wajib dipertahankan

Budaya tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.

Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya.

Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak Fasal 3 Perlembagaan Umno akan jadi surat khbar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.

Sindiran “si-anu si-anu dah tua” tak payah diulang-ulang. Belum tahu siapa jatuh dulu –“ entah pucuk entah pelepah daun”. Itu kerja Tuhan, bukan kerja ketua penerangan Umno.

Ketua Penerangan Umno – buatlah kerja penerangan elok-elok, landaskan pandangan ke ufuk realiti.

Tan Sri Rafidah dan saya tidak bahaya.
Yang bahaya nun di sebelah sana.
Jangan jadikan hak bersuara dalam Umno sebagai nota kaki sahaja.
Usah lupa kisah Hang Nadim dalam "Singapura Di Langgar Todak".

TAN SRI RAIS YATIM adalah penasihat sosio-budaya kerajaan dan bekas menteri penerangan. Beliau melabel dirinya sebagai rakyat Malaysia dan masih ahli Umno dan surat ini.

Kenyataan ini pertama kali dimuat-naikkan di Facebook miliknya. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi SmasaNews.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.