Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pengarah JKR Melaka didakwa rasuah

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 pertuduhan menerima suapan dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.28 juta.

Bekas pegawai KPWKM dijel tiga tahun dan denda RM9.2j

Bekas pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dipenjara tiga tahun dan denda RM9.2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu atas tujuh pertuduhan meminta dan memperoleh suapan bagi projek kemasyarakatan kerajaan melibatkan RM18,596,628 juta.

Kumpulan bersenjata culik, rompak dua kapal nelayan

Sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan dan merompak anak-anak kapalnya berhampiran perairan Pulau Gaya, Semporna sebelum melakukan satu lagi rompakan di sebuah kapal nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu malam Selasa.

Pemuda, abang ipar dicekup seludup dadah

Polis menahan seorang lelaki dan abang iparnya warga Indonesia serta merampas dadah jenis syabu seberat lapan kilogram bernilai RM1.2 juta kira-kira dua kilometer dari pesisir Pantai Kukup, Pontian pada Selasa.

Subscribe to this RSS feed