Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kertas siasatan tanah Felda ke AG minggu depan

Bagaimanapun, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun polis tidak akan mendedahkan butiran lain mengenai kertas siasatan berkenaan. Bagaimanapun, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun polis tidak akan mendedahkan butiran lain mengenai kertas siasatan berkenaan.

Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dijangka dapat diserahkan kepada Peguam Negara minggu depan.

Bagaimanapun, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun polis tidak akan mendedahkan butiran lain mengenai kertas siasatan berkenaan.

"Siasatan sedang berjalan. Dijangka ia akan serahkan kepada pejabat Peguam Negara pada minggu depan," katanya kepada media di ibu negara hari ini.

Ditanya lebih lanjut kemungkinan ia kini semakin hampir diselesaikan Mohamad Fuzi berkata beliau tidak boleh memberi kenyataan mengenainya.

"Tak boleh komen berapa peratus (sudah disiapkan). Ia bergantung kepada siasatan yang sedang berjalan," katanya.

Pada masa sama Mohamad Fuzi menegaskan pegawai yang bertugas menjalankan siasatan dengan serius

"Mungkin akhir minggu depan (ia akan diserahkan kepada peguam negara) tapi masih bergantung kepada perkembangan siasatan," katanya.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad menghabiskan masa selama tiga jam di Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Bekas naib presiden Umno dan menteri besar Negeri Sembilan itu memberi kenyataan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Isa disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan kesalahan menipu. Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara antara satu hingga 10 tahun, dengan sebat dan didenda.

Selain itu, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad, memberitahu audit forensik terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dibangunkan di atas tanah Felda yang dipindah milik itu juga telah bermula dan dijangka akan selesai lebih awal.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.