Dikemaskini 7:48 AM, 24 Apr, 2018
A+ A A-

Curi kabel: TM rugi RM6 juta, 11 individu ditahan SPRM

Menurut sumber, kesemua suspek disyaki bersubahat dan terbabit mengemukakan 55 dokumen 'Maintenance Order' dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada syarikat telekomunikasi itu. Menurut sumber, kesemua suspek disyaki bersubahat dan terbabit mengemukakan 55 dokumen 'Maintenance Order' dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada syarikat telekomunikasi itu.

Seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) antara 11 individu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa, sehingga mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian bernilai antara RM4 juta hingga RM6 juta bagi tahun 2016 dan Mac lepas.

Menurut sumber, kesemua suspek disyaki bersubahat dan terbabit mengemukakan 55 dokumen 'Maintenance Order' dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada syarikat telekomunikasi itu.

Menurutnya, kesemua dokumen itu dipercayai bertujuan untuk mengeluarkan kabel daripada gudang syarikat telekomunikasi berkenaan.

Sumber itu berkata pegawai TM berusia 40 tahun itu ditahan di Taman Puncak Utama, Kajang.

Turut ditahan tiga pemilik syarikat kontraktor, seorang subkontraktor, seorang bekas pekerja syarikat telekomunikasi, tiga bekas pemandu syarikat kontraktor, seorang ahli perniagaan dan seorang pengarah syarikat.

Menurut sumber itu, ahli perniagaan dan pengarah syarikat yang ditahan itu disyaki bersubahat dengan kakitangan TM dan menerima rasuah bagi membawa keluar 'drop fiber' milik syarikat telekomunikasi itu untuk dijual.

Tangkapan berkenaan dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Batu Caves, Damansara Damai dan Seri Kembangan di sini antara jam 2 petang dan 6.30 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan itu dan berkata kesemua suspek akan direman esok untuk membantu siasatan. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.