Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Suspek ke-4 penyelewengan baja direman 6 hari

Suspek yang ditahan semalam, dipercayai bersubahat dengan suspek pertama (pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menjual dan menggunakan baja untuk kepentingan sendiri. Suspek yang ditahan semalam, dipercayai bersubahat dengan suspek pertama (pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menjual dan menggunakan baja untuk kepentingan sendiri.

Seorang pekebun yang juga bekerja sebagai peniaga barang elektrik menjadi suspek keempat kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu, direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Perintah reman hingga 29 Novembert itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Analia Kamaruddin terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun itu.

Suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di perkarangan kompleks mahkamah, sekitar jam 10.30 pagi diiringi pegawai SPRM, sebelum keluar kira-kira 30 minit kemudian.

Suspek yang ditahan semalam, dipercayai bersubahat dengan suspek pertama (pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menjual dan menggunakan baja untuk kepentingan sendiri.

Bernama sebelum ini melaporkan tiga lelaki masing-masing pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) , pesawah dan peniaga ikan berumur 38, 46 dan 52 tahun direman, sejak tiga hari lalu.

Penahanan keempat-empat suspek itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen18 Akta SPRM 2009. 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.