Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Ibu lacur anak berdepan hukuman penjara 15 tahun

Selain tertuduh, seorang lagi wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik pusat karaoke turut menghadapi pertuduhan sama kerana bersubahat melacurkan gadis bawah umur itu. Selain tertuduh, seorang lagi wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik pusat karaoke turut menghadapi pertuduhan sama kerana bersubahat melacurkan gadis bawah umur itu.

Seorang suri rumah yang melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun demi melangsaikan hutang, berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabitkan bersalah.

Selain tertuduh, seorang lagi wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik pusat karaoke turut menghadapi pertuduhan sama kerana bersubahat melacurkan gadis bawah umur itu.

Pertuduhan ke atas kedua-dua wanita itu dibacakan di hadapan majistret kelas kedua, Keli Raweng, di Pejabat Daerah Lawas, pagi Jumaat.

Mereka didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibacakan bersama Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Keli turut mengeluarkan satu perintah menghalang kedua-dua tertuduh untuk mendekati mangsa.

Mereka dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

Perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.