Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Remaja pakar buat bom antara yang ditahan polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan kerana ada kepakaran dalam membuat bahan letupan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan kerana ada kepakaran dalam membuat bahan letupan.

Polis menahan beberapa individu termasuk seorang remaja di Kelantan pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan kerana ada kepakaran dalam membuat bahan letupan.

Beliau mengesahkan lebih daripada satu tangkapan dilakukan tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Masih terlalu awal untuk mendedahkan sebarang maklumat tetapi saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa tiga hari lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, Jumaat.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.