Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Adik Shafie Apdal direman 5 hari

Majistret Stephanie Sherron Abbie meluluskan permohonan itu, yang dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majistret Stephanie Sherron Abbie meluluskan permohonan itu, yang dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini dikenakan tahanan reman selama lima hari.

Majistret Stephanie Sherron Abbie meluluskan permohonan itu, yang dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menahan Hamid pada pukul 9.30 malam semalam, selepas sesi soal siasat kira-kira tiga jam di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Hamid pada mulanya hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10 pagi semalam, selepas SPRM gagal menemuinya di kediaman di Putatan, dua hari lalu.

Dia kemudian dibawa kembali ke kediamannya, bersama-sama lima pegawai SPRM.

Pegawai memeriksa rumahnya untuk mencari bukti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana yang diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar di Sabah. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.