Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

6 ditahan pukul 2 lelaki di pusat mengundi

Polis Johor menahan enam lelaki kerana dipercayai memukul dua lelaki yang didakwa bukan warganegara Malaysia, di Johor Baharu tengah hari tadi.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di Pusat Pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1 di sini.

“Keenam-enam lelaki itu yang berusia 21 hingga 27 tahun ditahan kerana bertindak mengasari dua lelaki yang mereka salah anggap sebagai orang asing,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd. Khalil mengingatkan orang ramai untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan jangan bertindak mengikut emosi.

“Buat masa ini semuanya berjalan lancar dan keadaan di Johor terkawal,” katanya. - Utusan Online

More in this category: « Maut ditetak teman lelaki isteri

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.