Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Sanjeevan dilepas, dibebaskan lagi

Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur semalam melepas dan membebaskan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan atas pertuduhan meme­ras ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Kampung Baru, di ibu negara, empat tahun lalu.

 

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Sanjeevan, 34, didakwa melakukan pemerasan untuk mendatangkan ketakutan terhadap Mohd. Azhan Hamza, 34, di Restoran Marakash, Jalan Raja Uda, Kampung Baru pada pukul 9 malam, 22 Mei 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit ke­salahan. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.