Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Adik perempuan usia 7 tahun jadi mangsa rogol abang sejak 3 tahun lalu

Seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 7 tahun menjadi mangsa rogol abang kandungnya sejak tiga tahun lalu.

 

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek melakukan perbuatan itu terhadap adik bongsunya berulang kali sejak tiga tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kesan koyakkan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa ditahan wad di Hospital Ismail untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Cyril berkata, suspek yang kini berusia 13 tahun pula ditahan semalam sebaik aduan diterima.

Katanya, perbuatan anak sulung itu terbongkar apabila mangsa mengadu rasa sakit pada kemaluannya.

“Semalam kami terima aduan daripada ibu mangsa yang mendakwa anak perempuannya mengadu sakit di bahagian kemaluan.

“Mangsa memaklumkan kepada si ibu, suspek telah melakukan perkara tidak senonoh kepadanya beberapa kali," katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Jumaat untuk permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.