Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Polis kenalpasti senjata, kelongsong peluru kes bunuh Dr. Fadi

Polis telah mengenalpasti jenis senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek utama pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr. Fadi M.R Albatsh, 35, di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis turut mengenalpasti penyewa sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys yang digunakan oleh suspek dan inap desa yang disewa dua suspek itu.

“Kita masih belum menerima laporan terperinci mengenai perkara tersebut namun sudah memperoleh beberapa bukti baharu antaranya jenis senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh suspek.

“Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia akan meneruskan siasatan dan menjejak suspek utama kes tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Majlis Ken-duri Kampung sempena Program Penyerahan Baik Pulih Rumah Perluasan Skop Strategi Lautan Biru (NBOS) - Program Menghubung Menyatu (CTU), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Kampung Pasang Api di Bagan Datuk hari ini. - Utusan Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.