Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Lelaki maut dipijak 6 bomoh demi buang saka

Gara-gara mahu membuang saka dalam tubuh, seorang lelaki menemui ajal selepas menjalani tiga hari sesi mengubatinya dengan cara mangsa ditumbuk, dibelasah dan dipijak oleh sekumpulan bomoh.

 

Ia termasuk sepasang suami isteri dalam kejadian di rumahnya di Taman Puchong Intan di Puchong kelmarin.

Kisah tragis membabitkan lelaki berusia 35 tahun dan belum berkahwin itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada Hospital Serdang yang memaklumkan terdapat seorang mangsa yang dihantar ke hospital pada pukul 10.11 pagi kelmarin mati dengan kesan dibelasah.

Difahamkan mangsa yang tidak bekerja dikatakan menerima rawatan membuang saka daripada sekumpulan pengamal perubatan tradisional di rumahnya bermula Selasa lalu selama tiga hari.

Dalam tempoh tiga hari itu, mangsa dikatakan dipukul dan dipijak-pijak kononnya untuk membuang saka. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.