Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Adik ditahan reman kerana kurung kakak OKU bersama najis

Seorang wanita ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita kelainan upaya (OKU) yang ditinggalkan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, di Kota Bharu.

 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Tuan Ruzaini Tuah Lah bermula hari ini hingga Khamis.

Wanita yang ditahan itu merupakan adik kepada wanita OKU yang diabaikan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, seorang wanita orang kelainan upaya berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan lemah, dengan najis memenuhi ruang tempatnya berada di sebuah rumah di Taman Pinggiran Industri, Pengkalan Chepa.

Mangsa yang merupakan OKU lembam dikatakan dibiarkan oleh adiknya sehingga tidak terurus dan tidak makan sehingga mangsa dalam keadaan tidak bermaya. - Astro Awani

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.