Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Polis siasat pelajar sekolah dipukul ketika sambut hari jadi

Polis mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung video pelajar dipukul semasa menyambut harijadi di sebuah sekolah di Shah Alam yang tular dalam laman sosial bermula semalam.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Februari lalu dan pihak sekolah telah mengenal pasti semua pelajar terlibat dalam satu siasatan terperinci.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berhubung insiden itu dan pihak polis telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit serta akan bekerjasama dalam menangani isu ini.

“Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis menyeru kerjasama orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang pelajar dibelasah beramai-ramai ketika menyambut harijadinya tular dalam media sosial.

Selain dibelasah, remaja tersebut turut dipukul dengan batang penyapu. - Utusan Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.