Dikemaskini 3:01 AM, 26 Apr, 2018
A+ A A-

Datin dera amah masih berada dalam negara, kata Imigresen

Ketua pengarah Imigresen Mustafar Ali berkata, pemeriksaan itu dilakukan oleh pihaknya berikutan suri rumah yang bergelar Datin itu dan penjaminnya gagal tampil ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua hari lalu. Ketua pengarah Imigresen Mustafar Ali berkata, pemeriksaan itu dilakukan oleh pihaknya berikutan suri rumah yang bergelar Datin itu dan penjaminnya gagal tampil ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua hari lalu.

 

Jabatan Imigresen mengesahkan Rozita Mohd Ali yang menyebabkan kecederaan parah kepada pembantu rumahnya warga Indonesia masih berada di dalam negara dan disekat untuk ke luar negara.

Ketua pengarah Imigresen Mustafar Ali berkata, pemeriksaan itu dilakukan oleh pihaknya berikutan suri rumah yang bergelar Datin itu dan penjaminnya gagal tampil ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua hari lalu.

"Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengarahkan Jabatan Imigresen menyekat Datin berkenaan daripada ke luar negara.

"Tindakan telah diambil dan hasil pemeriksaan juga mendapati beliau masih berada di negara ini," katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Tun Abd Majid Tun Hamzah menangguhkan pendengaran kes sehingga 29 Mac ini selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa suri rumah berkenaan gagal dikesan di dua alamat yang diberi iaitu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan Melaka.

Manakala, penjaminnya turut menghilangkan diri selepas pemeriksaan ke rumahnya mendapati ia tidak berpenghuni.

Rozita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen minggu lalu atas tuduhan mendera pembantu rumahnya tetapi terselamat daripada hukuman penjara.

Mahkamah Sesyen mengarahkan Rozita dikenakan bon berlaku baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya.

Rayuan untuk semakan penalti itu difailkan oleh Pejabat Peguam Negara ketika bantahan awam besar-besaran dengan ribuan orang menandatangani petisyen dalam talian menuntut hukuman lebih berat terhadap Rozita.

Pengarah Pendakwa Raya Selangor Muhamad Iskandar Ahmad berkata banyak cubaan dibuat untuk mengesan Rozita dan penjaminnya, yang merupakan pegawai TUDM.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.