Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Ibu tunggal dirogol bekas kekasih

Seorang ibu tunggal dirogol oleh bekas teman lelakinya dan dikurung kira-kira 10 jam di sebuah stor di Kelana Jaya sebelum berjaya melepaskan diri kelmarin.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 31 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan itu mendakwa dirinya telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis BMW oleh bekas kekasihnya pada pukul 7 malam dan dibawa ke sebuah bangunan di Kelana Jaya.

“Di bangunan tersebut, mangsa telah dipukul berkali-kali dan dirogol oleh suspek sebelum suspek membawanya ke sebuah stor simpanan barang dan mengikat tangan dan kakinya dengan tali.

“Mangsa telah dikurung oleh suspek kira-kira 10 jam sebelum dia berjaya melepaskan diri pada pukul 6 pagi semalam melalui tangga bangunan tersebut dan mendapatkan bantuan orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk ke Balai Polis Kelana Jaya di Petaling Jaya bagi membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd. Zani menambah, susulan laporan tersebut, polis telah memberkas dua suspek lelaki warga tempatan berusia 34 dan 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengenali mangsa pada 2016 dan berpisah dengannya pada tahun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.