Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Penjawat awam antara 11 penagih ditahan di Pendang

Fadzil berkata 0.91 gram dadah jenis heroin bernilai RM30 juga dirampas dalam operasi itu. Fadzil berkata 0.91 gram dadah jenis heroin bernilai RM30 juga dirampas dalam operasi itu.

Seorang penjawat awam antara 11 penagih dadah ditahan polis dalam ‘Ops Sarang’ di kebun kelapa sawit Kampung Kilang Kechil, Mukim Air Puteh di Pendang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan bersama 10 individu lain selepas gagal melarikan diri sebaik serbuan dilakukan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang bersama anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekitar 3 petang hingga 7 malam.

“Hasil soal siasat mendapati, penjawat awam yang masih bujang itu pernah ditahan beberapa kali sebelum ini dan masih berada dalam pengawasan AADK manakala kesemua mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan urin mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata 0.91 gram dadah jenis heroin bernilai RM30 juga dirampas dalam operasi itu.

Beliau berkata tiga lelaki itu berada dalam tahanan polis di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan terlarang itu manakala selebihnya diserahkan kepada AADK mengikut Sesyen 31(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.