Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Empat suspek serang wanita di Klang ditahan

Polis menahan empat suspek kes seorang wanita ditetak dalam kejadian di Taman Klang Jaya pada Khamis lalu.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata empat orang tersebut termasuk suami mangsa yang merupakan suspek utama kes ini.

Dilaporkan punca kejadian disebabkan cemburu sehingga suspek utama menyerang isterinya di tempat kerja dan klip video kejadian menjadi tular.

Mangsa dikenali Komathi Ramachandran, 42, mengalami kecederaan di kepala, lengan, kaki dan belakang dan menerima rawatan di Hospital Seremban.

Dia berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian Komathi berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru.

Ketika diheret ke kereta, Komathi turut ditetak beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar dengan membawa wanita tersebut ke hospital.

Kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. - mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.