Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Pembantu kantin mati ditikam 22 kali

Seorang pembantu kantin sebuah sekolah di Shah Alam mati dibunuh secara kejam dengan 22 tikaman menggunakan pisau pemotong buah oleh kekasih gelapnya di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, Sabtu lalu.

 

Dalam kejadian pukul 8.25 malam itu, mangsa berusia 38 tahun merupakan warganegara Indonesia ditemui terlentang berlumuran darah di ruang tamu oleh jirannya.

Kesemua tikaman itu melibatkan 13 tikaman di leher dan masing-masing tiga di bahagian tengkuk, perut dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlentang di sebuah rumah di pangsapuri tersebut sebelum menghubungi polis.

“Sebaik menerima panggilan, sepasukan polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui senjata digunakan berhampiran mangsa.

“Hasil siasatan kemudiannya membawa penahanan suspek berusia 40 tahun yang merupakan kontraktor penyelenggaran elektrik di Seksyen 13,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Jelasnya, pemeriksaan awal mendapati suspek mengalami masalah mental dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Mac ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.