Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pengunjung gempar, mayat terdampar di tepi Pantai Sungai Cina

Pengunjung Pantai Sungai Cina di Lundu gempar dengan penemuan satu mayat yang reput dan terdampar di tepi pantai tersebut petang Ahad.

 

Lebih mengerikan, mayat ditemui tanpa sebarang identiti itu tiada bahagian kepala sebaliknya cuma ada pinggang dan kaki sahaja.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, mayat itu ditemui oleh pasangan suami isteri yang kebetulan bersiar-siar di tepi pantai berkenaan pada pukul 5.35 petang.

Jelasnya, pada mulanya, pasangan terbabit menyangka objek yang dijumpai itu merupakan bangkai ikan.

"Bagaimanapun, apabila didekati, mereka terkejut apabila mendapati objek tersebut merupakan mayat manusia yang sudah reput.

"Pasangan suami isteri berkenaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Chee Keong menambah, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk mengenai identiti mangsa.

Katanya, mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.

"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.