Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

2 beradik dilarikan 3 individu dari tadika PJ

Difahamkan, 2 beradik itu diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 pagi. Difahamkan, 2 beradik itu diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 pagi.

Dua beradik dipercayai dilarikan 3 individu, termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, pagi semalam.

Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang enggan dikenali berkata, Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa beliau mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, 2 beradik itu diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.