Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Digigit, patah rusuk dan kecederaan di kemaluan antara faktor maut bayi 2 bulan

Pegawai penyiasat membawa keluar bahan bukti kes seorang bayi perempuan berusia 47 hari, Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus yang maut disyaki akibat didera ahli keluarga sendiri di Hospital Seberang Jaya pada Jumaat. Kredit foto: Utusan Online Pegawai penyiasat membawa keluar bahan bukti kes seorang bayi perempuan berusia 47 hari, Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus yang maut disyaki akibat didera ahli keluarga sendiri di Hospital Seberang Jaya pada Jumaat. Kredit foto: Utusan Online

Punca kematian bayi perempuan berusia dua bulan yang disyaki didera dalam kejadian di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di Seberang Jaya pada Khamis adalah disebabkan pendarahan di dalam kepala.

 

Selain itu, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Hospital Seberang Jaya di sini juga menunjukkan bayi berkenaan menderita akibat kecederaan dalaman dan luaran hampir di seluruh bahagian badan.

Ketua Ketua Polis Daerah Seberang Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan luaran mendapati terdapat banyak kesan lebam dan calar pada bahagian tubuh bayi itu dari bahagian kepala, muka, mulut, badan, kedua-dua belah lengan atas dan kedua-dua belah kaki.

Selain itu, kata beliau, terdapat kesan kecederaan pada kemaluan bayi berkenaan selain kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan.

Sementara itu, ujarnya, pemeriksaan dalaman menunjukkan kesan pendarahan yang banyak di bawah kulit kepala serta pendarahan pada bahagian otak.

“Terdapat juga banyak kesan patah dan penyembuhan pada tulang rusuk kiri dan kanan, kesan patah dan penyembuhan pada lengan kanan dan kesan patah baru pada tulang paha kiri,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam semalam, bayi itu yang merupakan anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang berusia 22 dan 26 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HSJ.

Terdahulu, bayi itu dibawa kedua-dua ibu bapanya ke sebuah klinik di sini dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas didakwa enggan meminum susu.

Dalam pada itu, Nik Ros Azhan berkata, kecederaan pada bahagian luar bayi berkenaan adalah disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk perbuatan cubit serta hentakan.

“Kecederaan dalaman pula adalah hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya, memetik Utusan Online.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.