Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

'Misteri hujan basahi sebuah rumah '

 Media dalam talian pada Selasa memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono Prabowo sebagai berkata fenomena alam itu sememangnya susah untuk berlaku. Media dalam talian pada Selasa memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono Prabowo sebagai berkata fenomena alam itu sememangnya susah untuk berlaku.

Kejadian hujan turun hanya di sebuah rumah sahaja di Jakarta pada Sabtu lepas adalah fenomena alam yang jarang berlaku di dunia.

Media dalam talian pada Selasa memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono Prabowo sebagai berkata fenomena alam itu sememangnya susah untuk berlaku.

Katanya fenomena yang berlaku di sebuah rumah di di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan itu adalah sesuatu yang agak ganjil kerana hujan selama kira-kira enam jam hanya pada sebuah rumah yang berukuran 5x5 meter.

Rakaman video kejadian tersebut tular dalam media sosial di Indonesia kerana ketika kejadian cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

Mulyono berkata ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu adalah sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Hujan ‘eksklusif' di sebuah rumah itu menarik perhatian penduduk di kawasan berkenaan sehingga ada yang bermandi air hujan itu dan ada yang menadah dengan bekas untuk menyimpannya.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata ketika kejadian pada 6.30 petang itu beliau yang sedang bermain catur dengan seorang jiran pada mulanya menyangka cuaca hujan di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak yang kegembiraan bermain hujan dan menjerit kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling beliau mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya sahaja dan ia berterusan hingga tengah malam.

Muzakir berkata beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang tafsiran mengenai fenomena itu dan membiarkan semua penduduk di situ datang menyaksikan dan merakam kejadian aneh tersebut. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.