Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Syarikat sewa payung hilang hampir 300,000 payung

Syarikat itu, Sharing E Umbrella, merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat menyewa payung. Syarikat itu, Sharing E Umbrella, merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat menyewa payung.

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Shenzen, China baru-baru ini mengumumkan ia kehilangan sebahagian besar 300,000 payung yang disediakannya sejak ia beroperasi pada April lalu.

Syarikat itu, Sharing E Umbrella, merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat menyewa payung.

Dengan sejumlah deposit, pelanggan boleh menggunakan barangan yang ditawarkan untuk sewaan bagi tempoh tertentu bagi bayaran sehari dan denda sekiranya mereka gagal memulangkan semula pada waktu yang ditetapkan.

Seorang ahli perniagaan dari Shenzen mengasaskan Sharing E Umbrella sejak April lalu, mendapat inspirasi daripada kejayaan perkhidmatan menyewa basikal.

Setakat Jun lalu, perkhidmatan yang ditawarkan beliau beroperasi di 11 bandar utama di China, termasuk Shanghai, Nanjing dan Guangzhou.

"Payung tidak seperti basikal... basikal boleh diletakkan di mana-mana, tetapi payung memerlukan pagar atau tempat untuk menggantungkannya.

Disebabkan itu, ramai pelanggan membawa pulang payung yang disewa ke rumah masing-masing.

Sharing E Umbrella melaporkan kehilangan sebahagian besar 300,000 payungnya. - odditycentral

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.