Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Gelandangan sedih diminta bayar kalau nak anak semula

Akibat desakkan hidup, seorang ibu yang sudah empat tahun hidup bergelandangan di kaki lima bangunan Sun Life Malaysia di Jalan Chow Kit terpaksa menyerahkan anak sulungnya hampir setahun lalu.

Apa yang lebih memeritkan lagi apabila Za (bukan nama sebenar), 24 diminta sejumlah wang oleh keluarga yang mengambil anaknya itu jika dia mahu mengambil anaknya semula.

“Za ada dua anak, anak sulung Za ada orang ambil,” katanya sambil menyapu air mata di pipi.

“4 Julai ini, dia masuk umur 3 tahun. Za nak anak Za balik, tapi orang yang ambil anak Za cakap kena bayar kalau nak anak Za. Manalah Za ada duit,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ketika temuramah ini dijalankan, secara tiba-tiba Za dikelilingi orang ramai malah ada yang menyatakan kesudian untuk membela anak bongsunya.

“Ini nyawa Za. Za tak akan bagi sesiapa dah”, katanya dengan tegas.

Za terpaksa berada di kaki lima itu menunggu dan berharap belas ihsan daripada orang lain menyumbangkan sesuap nasi kepadanya dan anaknya serta suaminya.

 

Last modified onKhamis, 29 Jun 2017 01:56

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.