Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Buka puasa 4 minit lebih awal, pendengar radio THR perlu ganti puasa - Mufti

THR kemudiannya memohon maaf selepas sebilangan pendengar-pendengar di negeri berkenaan merasa marah disebabkan kecuaian tersebut kerana sejurus mendengar laungan azan mereka terus berbuka puasa. THR kemudiannya memohon maaf selepas sebilangan pendengar-pendengar di negeri berkenaan merasa marah disebabkan kecuaian tersebut kerana sejurus mendengar laungan azan mereka terus berbuka puasa.

Pendengar-pendengar THR Gegar di Kelantan yang berbuka puasa lebih awal disebabkan kesilapan stesyen radio tersebut menyiarkan azan mahgrib empat minit lebih awal dari masa sepatutnya perlu menggantikan puasa tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata setelah meneliti beberapa pandangan jumhur ulama dan nas Al-Quran, walaupun ada perbezaan pandangan, pihaknya lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, menggantikan puasa tersebut.

“Kami tegaskan di sini bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tidak ada yang tidak mempunyai jam, takwim, mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka.

“Maka sewajarnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai hukum puasa tersebut apabila susulan kesilapan teknikal radio berkenaan kerana menyiarkan azan mahgrib empat minit lebih awal dari masa sepatutnya.

THR kemudiannya memohon maaf selepas sebilangan pendengar-pendengar di negeri berkenaan merasa marah disebabkan kecuaian tersebut kerana sejurus mendengar laungan azan mereka terus berbuka puasa.

"Kami di Thr Gegar memohon maaf di atas gangguan sistem yang berlaku semalam dan berdasarkan Jumhur Ulama, puasa yang terbuka awal perlu diganti. Pihak kami amat kesal dengan apa yang berlaku. Maaf kosong-kosong dari hati. - THR Gegar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook mereka.

Susulan daripada itu, Dr. Zulkifli menasihatkan stesyen radio tersebut berhati-hati pada masa akan datang supaya kesilapan yang sama tidak berulang.

“Kami berpendapat bahawa usaha pihak radio mengumandangkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka puasa adalah amat baik.

“Tetapi, perlulah bagi pihak penyiaran radio atau TV lebih teliti dan cermat pada masa akan datang supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku,” ujarnya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.