Dikemaskini 7:48 AM, 24 Apr, 2018
A+ A A-

Persatuan karyawan saran Sheila sertai parti politik

  • Written by Smasa News
  • Published in Buzz
  • 0 comments
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez berkata, anak seni yang berminat dengan politik sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan nasib rakyat. Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez berkata, anak seni yang berminat dengan politik sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Dua persatuan yang membela artis tempatan memberi pandangan berbeza mengenai rintihan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid berhubung situasi ekonomi negara yang membelenggu rakyat.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez berkata, anak seni yang berminat dengan politik sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Orang ramai berpendapat artis perlu melakukan apa yang mereka ketahui, menghiburkan orang ramai dengan lakonan dan nyanyian mereka.

“Jika berminat politik, mereka perlu sertai parti politik dan mengkaji isu dengan lebih mendalam sebelum mengeluarkan cadangan bagaimana mahu meningkatkan kehidupan rakyat,” katanya kepada FMT.

Beliau menasihatkan artis tempatan supaya bersyukur kerana mereka bebas menyuarakan pendapat tanpa sebarang sekatan di negara ini.

Semalam, Sheila melalui Twitternya menggesa kepimpinan negara mengembalikan hala tuju negara di landasan asal.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati.

“Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.

“Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” tulis selebriti itu yang terkenal dengan lagu “Sinaran” dan “Lagenda”.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi bagaimanapun berkata, setiap artis berhak menyuarakan pendapat mereka di media sosial kerana ia adalah platform individu.

Beliau berkata, luahan anak seni di media sosial ialah realiti yang perlu dihadapi pemimpin untuk memperbetulkan keadaan negara.

“Apa yang Sheila Majid luahkan adalah hak individu. Bagi saya, itu pandangan masing-masing. Negara kita pun bukan sentiasa dalam keadaan baik, ada turun naiknya. Itu perkara biasa.

“Lantang itu bagus, kadang-kadang pihak atasan tergelincir dari landasan dan kita kena sedarkan mereka untuk berada di landasan sebenar.”

Bagaimanapun, Zed menasihatkan artis supaya berhati-hati meluahkan perasaan di media sosial kerana setiap perkataan mereka akan dipercayai peminat dan pengikut.

“Orang percaya cakap artis, kita harus berhati-hati menggunakan media sosial, kita tak nak tambah dosa. Kalau perkara palsu lebih baik kita jangan sebar, kerana peminat kita akan percaya.”

Katanya, Malaysia pernah berdepan krisis ekonomi pada 1990-an sehingga memaksa anak seni bertindak lebih kreatif dalam mencari sumber pendapatan lain di luar bidang seni.

“Kita pernah berdepan kegawatan ekonomi pada 1990-an, pada masa itu artis tiada ‘job’, lagi teruk, masa itu artis terpaksa cari peluang di bidang lain.

“Pernah berlaku dulu dan kali ini bila artis bersuara mengenai peningkatan kos sara hidup itu perkara biasa.” -FMT

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.