Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Siti Nurhaliza kini 'Datuk Seri'

Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa. Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

Siti, 38, menerusi posting di Instagram miliknya mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.

"Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini.

"Ini merupakan satu penghormatan kepada saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.

"Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya," tulisnya.

Malah, penyanyi lagu Segala Perasaan ini juga menganggap kurniaan ini sebagai rezeki ketika dia sedang hamil empat bulan.

"Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza," katanya.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 101 penerima.

Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk. -mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.