Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

M'sia kini ada pakar tangkap jin

Katanya lagi, pusat rawatan iLahana miliknya merupakan yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh. Katanya lagi, pusat rawatan iLahana miliknya merupakan yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh.

Jika adanya kemunculan hantu di kawasan kejiranan anda, ianya kini bukan lagi satu masalah kerana anda boleh menghubungi pakar tangkap jin, Sa'ad Jaafar.

Lelaki berusia 44 tahun itu mendakwa boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di tempat kejadian.

Menurut Sa'ad, khidmatnya tidak memerlukan dia berada di lokasi gangguan hantu sebaliknya dia hanya melakukan perkara itu dari pusat rawatannya sahaja.

"Saya tak perlu ada secara fizikal di sesuatu tempat untuk menangkap hantu. Sebelum ini, yang paling jauh ialah saya tangkap jin di Sabah," ujarnya.

Katanya lagi, pusat rawatan iLahana miliknya merupakan yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh.

Dibantu oleh Mohd Azim Adam, 46, Sa'ad memulakan perkhidmatan itu pada 2015 dan mendakwa sudah membersihkan hampir 300 kawasan di seluruh negara dari gangguan jin.

Menurut Sa'ad, dia dan pembantunya menyimpan jin yang ditangkap di sebuah lokasi rahsia berhampiran sebuah masjid.

"Kita simpan hantu dan jin berhampiran masjid untuk menggalakkan mereka bertaubat," ujarnya.

Untuk sesi selama dua jam, Sa'ad mengenakan upah sebanyak RM200. Namun, pelanggan boleh membayar mengikut kemahuan mereka.

Katanya, cara biasa bagi melawan jin adalah dengan menggunakan garam dan lada hitam.

Namun, penggunaan bahan itu tidak berupaya untuk menangkap sebaliknya hanya boleh menghalau sahaja.Ujarnya lagi, kawasan hutan, air terjun, tasik dan sungai merupakan lokasi kesukaan makhluk itu. -mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.