Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Joy Revfa buat sidang media, Hafiz Hamidun fail cerai

  • Written by Smasa News
  • Published in Buzz
  • 0 comments
Permohonan berkenaan difailkan Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi. Permohonan berkenaan difailkan Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.

Ketika Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa melakukan sidang media untuk menjelaskan status perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun pada petang Khamis, penyanyi tersebut terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap wanita itu.

Permohonan berkenaan difailkan Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.

Dalam permohonan cerai itu, Hafiz menyenaraikan enam sebab kenapa dia mahu menamatkan perkahwinan berkenaan yang selama ini diragui.

Katanya, perceraian tersebut adalah disebabkan beberapa perkara antaranya sudah tidak wujud persefahaman pihaknya bagi meneruskan kehidupan berumah tangga.

Selain itu, sudah tiada mawaddah atau kasih sayang dan rahmat dalam rumah tangga mereka berdua.

Hafiz turut menyatakan, Joy selaku defendan sering mengaibkan nasihat plantif sebagai seorang suami dengan melawan dan mengingkar segala suruhan dan kata-katanya.

Dalam permohonan itu Hafiz berkata, Joy juga sering menjatuhkan maruahnya, imej dan reputasinya sebagai seorang suami.

Defendan menyusahkan Plantif selepas pernikahan kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami Defendan yang mana telah menyebabkan status perceraian mereka telah diselesaikan pada 10 Oktober 2017.

Usahawan kosmetik itu diminta hadir ke mahkamah syariah berkenaan pada 25 Oktober ini.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei lalu.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami perkahwinan pertamanya disahkan jatuh dengan talak satu dua tahun lalu.

Konflik rumah tangga Joy dan Hafiz tercetus selepas penyanyi itu ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan pertamanya.

Pada Ogos lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari.

Dalam pada itu, menerusi sidang medianya Joy Revfa antara lain berkata, jika Hafiz memfailkan perceraian itu, ia seolah-olah menampakkan dia mengaku perkahwinannya yang diragui selama ini sah.

"Kenapa dia memfailkan perceraian, ini bermakna dia mengakulah saya ni isteri dia sedangkan kami masih menunggu lagi keputusan kes faraq," katanya. -mStar Online 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.