Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Kecoh buaya muncul di tengah bandar Limbang

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi ini kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini. -Facebook BTU Community Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi ini kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini. -Facebook BTU Community

Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi ini.

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi ini kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 7.36 pagi ini melaporkan mengenai kemunculan reptilia tersebut.

Buaya itu akhirnya berjaya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.

“Bomba menangkap buaya tersebut setelah menutup kepala serta mengikat kesemua kakinya dan ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya ketika hari ini.

Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan oleh sempadan Brunei. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.