Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Lisa Surihani hamil anak kedua

Pasangan selebriti, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani dijangka bakal menimang cahaya mata kedua tahun hadapan.

Berita itu dikongsi Yusry melalui laman Instagram beserta ucapan untuk isterinya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah memiliki dua buah hati dan insya-Allah, tahun hadapan keluarga kita akan bertambah menjadi empat orang.

"Buat isteriku Lisa, saya tahu awak juga teruja sama seperti saya sepanjang melalui tempoh trimester kedua usia kandungan.

"Yahaira sayang, saya harap awak akan jadi kakak yang baik untuk adik nanti," memetik status yang dimuatnaiknya.

Yusry dan Lisa sebelum ini dikurnia cahaya mata sulung, Yahaira Leanne yang berusia setahun pada 22 September lalu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.