Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tahniah! Fizz, Almy selamat sambut cahaya mata kedua

Pasangan selebriti, Fizz Fairuz dan Almy Nadia selamat menyambut kelahiran bayi kedua mereka pada Isnin.

Perkara itu disahkan Fizz menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar isterinya yang masih lagi berada di hospital.

“Alhamdulilah, isteri saya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kedua kami pada pukul 9.06 malam tadi. Amin. Doakan yang baik-baik ye,” katanya.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 37 sehingga kini bagaimanapun masih belum mendedahkan jantina bayi mereka.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Afriana Ariana yang kini berusia 2 tahun.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.