Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Servis MAS sangat memalukan! - Che Ta

Paparan skrin Che Ta dalam Instagram miliknya. Paparan skrin Che Ta dalam Instagram miliknya.

Aktres yang juga personaliti fesyen tanah air, Rozita Che Wan berang dengan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) apabila bagasi miliknya dilaporkan tercicir oleh syarikat penerbangan berkenaan.

Kecewa dengan servis MAS, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkata dia terpaksa membatalkan kehadirannya di sebuah majlis makan malam bertempat di Kota Kinabalu di saat-saat akhir apabila beg yang berisi busana yang sepatutnya dipakai khas untuk majlis tiada.

Dia yang juga seorang ahli perniagaan berjaya meluahkan rasa kecewanya menerusi laman Instagram malam tadi.

Menurutnya dia sudah pun sampai di Kota Kinabalu tetapi malangnya beg pakaiannya masih berada di Kuala Lumpur gara-gara kecuaian pihak penerbangan.

"SUNGGUH MEMALUKAN SERVICE MALAYSIA AIRLINES!!!!. I FLY DR KL KE KK JE TAPI BEG I TERCICIR AND STILL KAT KL. Tu baru domestik flight!! I terpaksa cancel dinner sebab tk de baju and duk tunggu bag tak sampai!!!! And i fly bisnes class, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bg tu!!! So embarrassing dengn service MAS!!!!!. (Sungguh memalukan servis Malaysia Airlines! Saya terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu tetapi beg saya tercicir dan masih di Kuala Lumpur. Itu baru penerbangan dalam negeri, Saya terpaksa batalkan makan malam sebab tiada pakaian dan masih menunggu beg. Dan saya terbang dengan menggunakan kelas perniagaan, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir beg saya. Sangat memalukan dengaan servis MAS)," katanya.

Last modified onJumaat, 23 September 2016 12:04

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.