Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Saharul Ridzwan sah suami Deena Emir dengan sekali lafaz

Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir selepas majlis pernikahannya pagi tadi. Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir selepas majlis pernikahannya pagi tadi.

Peneraju utama Kau, Aku, Kita terbitan TV3, Saharul Ridzwan sah bergelar suami kepada Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, dengan sekali lafaz.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, kira-kira jam 9 pagi Jumaat.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Qaabila Deena Emir.

Selain itu Saharul turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang Jumaat (petang ini) di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.