Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Saya tiada duit nak jumpa Danial - Zila Seeron

Faktor kewangan menjadi punca bekas isteri kepada pelawak Along Cham yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Zila Seeron tidak dapat berjumpa dengan anaknya, Ahmad Danial, 5, sepanjang empat bulan sebelum bercerai dengan suaminya.

Berkongsi kisahnya dalam slot Apa Cer dalam ruangan A.M Live! di RTM baru baru ini, Zila berkata dia ketika itu tidak mempunyai wang untuk berjumpa dengan zuriat tunggalnya meskipun dihuni rasa rindu membara.

Menjawab persoalan yang dilepar oleh pengacara program, Zila yang menitiskan air mata sepanjang wawancara berkata dia kini sedar dengan kesilapannya sebelum ini dan memohon maaf terhadap anak, bekas suami dan keluarga atas khilafnya.

"Saya dengan dia (Daniel) berkongsi apa sahaja termasuk berkongsi masalah..dia pandai pujuk apabila saya sedih.

"Saya tidak kerja dan saya tiada pengalaman...senang kata saya tidak malu mengaku yang saya tiada duit ketika itu, satu sen pun tak ada.. sebab saya keluar (dari rumah) pun sehelai sepinggan.

"Saya hanya bergantung harap kepada kawan-kawan yang nak bantu saya tapi saya tak berani nak cakap kat diorang nak pinjam duit, saya bukan orang macam tu," ujar Zila sambil mengesat air mata.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, muncul buat kali pertama selepas kes cerainya turut tidak melepaskan peluang mengucapkan salam rindu terhadap Daniel.

"Assalamualaikum, hai Danial. Danial sihat? Mama okay je, mama ada beli baju Danial, mama janji mama akan balik.. harap Danial suka.. mama rindu sangat dekat Danial, mama nak peluk Danial, mama nak tidur dengan Danial, mama nak buat macam yang selalu kita buat dulu suka bergurau..

"Mama nak minta maaf dekat Daniel sebab tak dapat jumpa Danial masa raya hari tu.. lepas ni mama janji akan datang jumpa dania. Danial tunggu mama tau" ujar Zila.

Terdahulu Along melafazkan cerai talak satu terhadap Zila 29 Ogos lalu.

Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

 

Last modified onKhamis, 15 September 2016 16:56

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.