Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

"Uqasha ada di sini teruskan penggambaran, tiada sebab tangguh" - Michael Ang

Masih meneruskan penggambaran, pengarah Michael Ang menjelaskan buat masa ini komitmen yang diberikan pelakon Uqasha Senrose, 26, masih diteruskan seperti biasa untuk drama bersiri Rahsia Hati Perempuan.

 

Kongsi Michael, dia juga tidak tahu apa yang berlaku ke atas pelakon itu memandangkan Uqasha masih hadir ke set penggambaran hari ini.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, dia ada di sini meneruskan penggambaran. Malah tiada sebab untuk kami tangguhkan penggambaran ini.

“Ikutkan penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan hanya akan habis pada bulan depan dan Uqasha masih mempunyai banyak babak untuk dihabiskan,” katanya.

Sementara itu, Uqasha ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan jenama Chanel miliknya.

Sebelum penahanannya itu, kereta mewah yang dipandu Uqasha melanggar sebuah kereta di Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 11.45 pagi semalam. - Utusan Online

Last modified onIsnin, 07 Mei 2018 15:29

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.