Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

"Saya tidak 'lalok' langsung" - Uqasha Senrose

Aktres jelita Uqasha Senrose menyangkal dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal semasa ditahan pihak polis pada tengahari Ahad lalu.

 

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5.

"Saya tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Uqasha yang juga merupakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

"Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," katanya.

Terdahulu akhbar ini melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, semalam.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.