Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

"Ean is dead and gone. I'm Baby Pian now" - Sufian Suhaimi

Selepas berjambang, penyanyi berbakat besar Sufian Suhaimi kini tampil dengan gaya rambut lebih segar dan trendy.

 

Selain mengubah gaya rambut, penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu juga membuang semua jambang di wajahnya.

Sufian tampil dengan gaya terbaharu sejak seminggu lalu dan bersetuju dengan panggilan Baby Pian oleh peminatnya.

"Ean is dead and gone. I'm Baby Pian now," tulisnya di Instagram.

Perubahan itu mendapat pelbagai respon peminat hingga ada yang menyapanya dengan pelbagai gelaran.

Nobita, Baby Pian, Ayda Jebat versi lelaki antara gelaran yang dilabelkan pengikut di laman sosialnya.

Selain itu, bekas tunang Elfira Loy itu juga disifatkan persis pelakon Hollywood antaranya Tom Holland (Spiderman) dan Charlie Puth Malaysia. - Astro Gempak

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.