Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Zarul kongsi gambar isteri sempena ulang tahun perkahwinan

Jarang berkongsi gambar keluarga bagi menghormati privasi isteri dan anaknya, penyanyi, Zarul Husin, mengetepikan seketika prinsip kerjaya sempena ulang tahun perkahwinan kelapan.

 

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, semalam, Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin, 44, menunjukkan sisi romantik apabila memuat naik foto dirinya di sisi isteri, Intan Nur Fathihah, berserta ucapan terima kasih buat suri hatinya itu.

"Untuk isteri tercinta, sempena ulang tahun perkahwinan ini, terima kasih di atas segala kasih sayang yang tidak terbanding, terima kasih kerana sentiasa di sisi ketika saya sangat memerlukan.

"Terima kasih kerana sentiasa di belakang saya dalam apa juga yang saya perjuangkan selama ini, terima kasih kerana sentiasa mendahulukan saya dalam segala hal.

"Terima kasih kerana tabah menerima segala khilaf saya, terima kasih kerana sentiasa mempertahankan saya dari segala kemudaratan. Saya cintakan awak," luah Zarul menerusi kapsyen yang mengiringi gambar terbabit.

Zarul pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisha, 20. Bagaimanapun mereka berpisah pada 2005.

Kemudian, Zarul mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Intan pada 29 April 2010.

Bekas pramugara itu turut memuat naik video ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan mereka daripada rakan seperjuangan dalam program Mentor Otai iaitu Misha Omar, Siti Sarah dan Elly Mazlein. - BH Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.